Demikian bunyi titah yang maha mulia itu, “Bahawa beta minta perbuatkan hikayat
pada Bendahara, peri peristiwa dan peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya
sekali, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita,
diingatkannya oleh mereka itu, syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya



